Select Menu

Ads

.
Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

,

» » » » » UMNO Bahagian Langkawi Dapat Ketua Baru Selepas 13 tahun

YB. DATUK PADUKA HAJI ABU BAKAR TAIB (dua dari kiri) bersalaman dengan YB. Dato' Haji Nawawi Ahmad yang diumumkan menang jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi, semalam (19 Oktober 2008).



LANGKAWI: Umno Bahagian Langkawi antara yang menjadi perhatian menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Kuah yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian itu, Datuk Nawawi Ahmad menewaskan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib bagi jawatan ketua bahagian yang disandang beliau selama 13 tahun.


Sementara itu, Abu Bakar berkata, perbezaan ketika pemilihan bahagian perkara biasa dalam satu keluarga dan boleh diselesaikan melalui perbincangan.

"Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga kerana perbezaan pendapat yang berlaku perkara biasa dalam perebutan jawatan bagi sesebuah organisasi," katanya, semalam.

Nawawi berkata, kemenangan beliau menunjukkan ahli akar umbi mahukan perubahan kepemimpinan lebih lantang dan berani membela rakyat terutama pada era kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas.


Sementara itu, muka baru, Mansor Haji Bahari memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, beliau merupakan bekas Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian. Manakala Adun kawasan Ayer Hangat yang juga bekas Ketua Pemuda Umno negeri, YB. Md Rawi Haji Abdul Hamid menang Naib Ketua Bahagian.

Tahniah diucapkan kepada YB. Dato' Ir. Haji Nawawi Haji Ahmad (Adun Kawasan Kuah) kerana berjaya memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi. Juga diucapkan tahniah kepada YBhg. En. Mansor Haji Bahari kerana berjaya memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, Umno Bahagian Langkawi dan juga kepada YB. Tuan Md Rawi Haji Abdul Hamid (Adun Kawasan Ayer Hangat) kerana memenangi jawatan Naib Ketua Bahagian, Umno Bahagian Langkawi.

Sebagai cucu kepada Tokoh Umno, saya akan cuba berada di belakang kalian dan memberi sokongan dalam menegakkan yang benar.


- Sarfarizmal Bin Saad
Langkawi Permata Kedah

About SARFAMS

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments