Select Menu

Ads

.
Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

,

» » » » » » » Hanya sekadar picisan minda anak muda : POLITIK MALAYSIA

BANGI: Salam blogger,
1. Nantikanlah kemunculan suatu perkara yang bakal memberangsangkan daripada saya dan rakan-rakan. Kami akan cuba membuat suatu keadaan yang lebih ceria, seronok dan terkini. Walau bagaimanapun, atas faktor keselamatan semua pihak, kami terpaksa menyembunyikan hasrat kami ini buat seketika waktu sehinggalah pada masa yang sesuai barulah kami umumkannya. Apapun wait and see... :-)
2. Semalam, setelah saya membaca akhbar yang menyatakan kepimpinan Umno Bahagian Langkawi menerima muka baru, saya terus menghubungi YB Dato' Ketua tersebut dan YB Naib Ketua yang telah menang dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober lalu untuk mengucapkan TAHNIAH. Saya bangga dengan sifat rendah diri, hormat dan tidak bermegah-megah dengan jawatan walaupun pada nama mereka telah ditambah dengan panggilan 'YB' dan 'Dato'. Mereka tetap melayan, menanya khabar, memuji apa yang baik dan masih mesra dari dahulu sehingga sekarang. Malah, sumber dari akar umbi Umno Langkawi yang sampai kepada saya telah menyatakan bahawa pemilihan Umno di sana dijalankan dalam keadaan bersih tanpa ada politik wang dilaporkan. Salah seorang perwakilan yang juga saudara keluarga saya menyatakan bahawa 'Esok dato Nawawi nak jumpa saya. Dia nak kempen suruh undi dia jadi ketua bahagian. Kalau dalam pemilihan yang lepas2 ada lah jugak hulur2, tapi kali nie dah takdak dah...' kata beliau kepada saya. Apa yang saya nak tekankan disini ialah, saya berpendirian utuh dan kukuh untuk menyokong penuh pemimpin-pemimpin yang tidak rasuah, tidak salah guna kuasa dan berkhidmat kepada rakyat.
Dalam beberapa hal, saya tidak boleh terima regime Pak Lah Badawi Sdn Bhd dalam Umno Group yang mempunyai banyak anak syarikatnya. Antaranya ialah KJ Sdn Bhd, Geng Tingkat 4 Sdn Bhd, Kamaludin Sdn Bhd, Muhammad Taib Sdn Bhd, Mahdzir Khalid Sdn Bhd, Radzi Sheikh Ahmad & co dan ramai lagi... So, sebab tu ramai yang dah bosan dgn regime ini inginkan penukaran regime daripada Pak Lah Badawi Sdn Bhd kepada Angkatan Najib Tantuya Mongolia dimana pengarahnya ialah Rosmah Mansur daripada Geng Rambut Sarang Tebuan. Adakah penukaran daripada zaman korporat ke zaman tentera ini akan menjadikan hidup kita lebih baik??? Nantikanlah saja...
3. Di sebelah pihak yang lain pulak, kita melihat kerakusan dan ketaksuban sekumpulan besar penyokong menyokong, mengampu dan membela para pemimpin mereka bagaikan nabi. PAS yang memperjuangkan syiar Islam di Malaysia ini tidak mampu menerima kritikan atau teguran walau sepotong ayat pun ke atas 2 pemimpin mereka iaitu Tok Guru Haji Aziz Mat dan Tok Guru Hadi Awang. Biar mereka dipukul, tapi jangan 2 Tok Guru ini digesel, biar mereka dimaki, tapi jangan 2 Tok Guru ini diludah, biar mereka mati, tapi jangan 2 Tok Guru ini rebah... Kesanggupan ini juga dikongsi oleh adik mereka iaitu PKR yang menjadikan Anwar Ibrahim ketua dewa. Manakala banyak lagi dewa-dewa di bawah seperti Dr. Wan Azizah sebagai Dewa Pengurus, Dr. Syed Hussin Ali sebagai Dewa Angguk2, Azmin Ali sebagai Dewa Ampu, Khalid Ibrahim sebagai Dewa Bolot Harta, Tian Chua sebagai Dewa Cakap2 dan Saifudin Nasution sebagai Dewa Pikir2...
4. Apa yang saya takutkan dari fenomena-fenomena ini ialah, nama-nama seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Dr. Samy Vellu (baru saja dapat Dr), Dr. Koh Tsu Kun, Ong Tee Keat, M. Kayvies dan ramai lagi yang 'diam-diam berisi busuk' akan menguasai Malaysia. Ketika itu barulah Dr.M, Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Haji Hadi, Nik Aziz dan lain-lain akan melopong bagai Mat Sentul dalam filem bengongnya itu...
Maaflah yer kepada penyokong2 fanatik UMNO, PAS dan PKR. Saya pun penyokong salah satu parti ini juga tapi tidak lah fanatik sangat, sebab tu saya boleh kritik semuanya, baru adil dan saksama. Kutuk pemimpin parti lawan dan kutuk pemimpin parti saya sendiri yang saya fikir ada kelemahan atau kesalahan masing-masing.
Salam Politik,
Sarfarizmal Bin Saad

About SARFAMS

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments