Select Menu

Ads

.
Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

,

» » » » » » GILA-GILA UMNO : Antara Tun M, Pak Lah, KJ, Haji Najib Razak....












Salam Blogger,




Seperti yang kita sedia maklum, sekarang merupakan musim pemilihan kepimpinan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) yang secara realitinya tidak menepati akan namanya iaitu Melayu yang bersatu. Kita semua rakyat Malaysia, malah penduduk dunia dapat melihat akan ketidaksatuan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO ini.


Sambil mencari-cari berita terbaru, terhangat dan terbaik akan suasana politik negara ini, saya tersentuh dan berminat dengan kenyataan YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang menggelarkan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (mantan Presiden UMNO) sebagai pengarah pemilihan UMNO kali ini dan memberi kritikan kepada Tun M supaya tidak masuk campur dalam urusan parti, adalah sebagai suatu tindakan yang baik dan bernas daripada Pak Lah.

Selain Pak Lah, kuncu-kuncunya seperti Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Utama Mohammad Haji Hassan dan pemimpin-pemimpin lain juga turut 'mengikut jejak' boss mereka dengan mengkritik dan membidas Tun M itu.

Inilah kenyataan atau tindakan Pak Lah yang saya lihat sebagai tindakan yang terbaik dan bernas setakat ini yang dibuat oleh PM yang dikatakan suka tidur itu.

Memang benar, Tun M dilihat cuba memberi nasihat, tunjuk ajar dan kritikan terhadap pemilihan UMNO kali ini, malah beliau juga dilihat sebagai 'pengatur' siapakah yang layak memegang jawatan sebagai Presiden parti, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli MT parti. Tindakan Tun M ini memang memberi impak dan tekanan yang melampau kepada para pemimpin UMNO sekarang lebih-lebih lagi kepada Pak Lah, bapa mertua YB Khairy Jamaludin.

Malah, Khairy Jamaludin yang pada mula kemunculan beliau dalam pentas politik tanah air ini menyatakan keazaman beliau bahawa 10 tahun lagi (dari tarikh kenyataan beliau dibuat) beliau bercita-cita menjadi PM Malaysia dilihat sebagai antara orang paling tertekan dalam hal ini. Sudah lah beliau masih belum cukup kouta untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia (setakat artikel ini ditulis), malah ditambah lagi dengan kemunculan Tun M yang dilihat merestui dan selesa YAB Dato' Sri Haji Najib Razak menjadi PM Ke-6 dalam masa beberapa bulan saja lagi.

Beliau tahu sekiranya Haji Najib Razak menjadi PM, karea politiknya semakin malap dan cita-citanya untuk menjadi PM mungkin akan lupus dan terkubur. Beliau tidak akan 'semegah' sekarang lagi sekiranya Haji Najib Razak ini berkuasa. Maka, geng Pak Lah yang didokongi oleh KJ cuba untuk 'memburukkan' Haji Najib Razak supaya Haji Najib Razak tidak dapat bergelar PM seterusnya Pak Lah terus memakai title PM sehingga beberapa ketika. Itulah sebabnya Pak Lah menukar portfolio beliau dengan Haji Najib kerana ingin 'membongkar' segala salah laku Haji Najib Razak dalam Kementerian Pertahanan supaya beliau tidak diterima dalam politik lagi.

Strategi geng KJ itu agak tertekan apabila Tun M pula kacau daun dengan 'memegahkan' dan 'mengangkat' Haji Najib sebagai bakal Perdana Menteri keenam.

Dalam hal ini, saya melihat ada beberapa perkara yang menarik. Antaranya ialah, tindakan yang diambil oleh Tun M untuk mengarah pemilihan UMNO kali ini sebenarnya perlu dihargai oleh ahli UMNO kerana kita sedia maklum bahawa Tun M merupakan bekas PM/Presiden parti dari 1981-2003. Sepanjang tempoh ini, beliau secara tidak langsung telah bergelar 'pengarah pilihanraya umum bagi BN' dalam 5 pilihanraya iaitu pada 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. Keputusan pilihanraya bagi kelima-limanya dilihat memihak kepada BN dan BN menang besar dalam tahun-tahun tersebut. Ini tidak dikira lagi pilihanraya kecil sepanjang beliau bergelar PM.

Oleh itu, ini telah membuktikan bahawa Tun M memang seorang pengarah yang cekap, pintar dan berjaya. Maka, apa salahnya sekiranya beliau menjadi pengarah pemilihan UMNO kali ini kerana terbukti dalam kelima-lima pilihanraya yang beliau 'arahkan' tersebut telah memihak kepada beliau/BN. Jadi, biarlah beliau mengarah pemilihan UMNO ini supaya beliau dapat 'membentuk' suatu pimpinan UMNO yang bakal menjadikan UMNO sebagai parti politik pilihan pertama rakyat Malaysia.
Pak Lah yang telah nyata dan terang tidak akan bergelar Presiden UMNO untuk sesi depan sepatutnya tidak perlu goyah dan melopong sehingga melobikan Tun M sebagai 'belagak menjadi pengarah UMNO'.
Walau bagaimanapun, bagi pendapat saya Tun M juga ada salahnya. Secara terang-terangan umum mengetahui bahawa Tun M bukan lagi ahli UMNO sekarang ini. Beliau hanyalah mantan Presiden UMNO. Maka, Tun M sepatutnya menjadi ahli UMNO terlebih dahulu sebelum beliau membuat 'arahan beliau' kerana bagi saya orang yang bukan ahli parti tidak layak untuk mencampur urusan parti berkenaan dan cakap-cakap bukan ahli sepatutnya tidak begitu 'power' untuk merubah apa-apa keadaan.

Sebagai seorang ahli parti, siapapun berhak memberi cadangan dan sepatutnya segala cadangan atau kritikan ahli parti didengar dan dipertimbangkan oleh kepimpinan parti. Cakap-cakap bukan ahli parti sebenarnya adalah 'tin kosong' yang hanya mencari publisiti dan kemaruk akan kuasa.

Inilah dunia politik UMNO masakini yang bersimpang siur dan penuh dengan tipu helah dan kacau bilau. Dalam keadaan KJ ingin terus melihat bapak mertuanya terus berkuasa dan dirinya terus dapat mengaut pangkat dan harta, kumpulan Haji Najib Razak pula ingin melihat anak sulung bekas PM ke-2 itu menjadi PM dalam masa terdekat, ditambah pula dengan pelbagai kritikan dan teguran Tun M terhadap kerajaan dan UMNO, juga tekanan daripada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin sangat membentuk kerajaan rekaannya, maka dalam situasi genting ini sudah tentu Pak Lah, KJ, Haji Najib dan Muhyiddin antara orang yang paling pening kepala. Dalam masa sama, Anwar Ibrahim terus mentertawakan UMNO yang pernah beliau sertai dulu.







"POLITIK ADALAH SENI PELBAGAI MUNGKIN"




Salam Politik,






*Sarfarizmal Bin Saad
Bangi, Selangor Darul Ehsan

About SARFAMS

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments