Select Menu

Ads

.
Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

,





Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Korea Utara.

Beliau berkata sebagai warganegara Malaysia mereka perlu memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani isu berkenaan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

“Saya berharap semua pihak tidak bermain dengan isu sebegini kerana isu yang bersifat antarabangsa sewajarnya kita perlu memberikan sokongan kepada dasar-dasar luar negara.

“Perak menyokong pendirian diumumkan perdana menteri kerana ia membabitkan hubungan diplomatik dan dari segi hubungan antara kedua-dua negara, ia belum terputus secara rasminya dan kita yakin kemampuan perdana menteri sebagai anggota diplomat yang hebat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Keselamatan Mini Karnival Teras Keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang Kiri di sini hari ini bersempena Program Permukiman Menteri Besar Perak.

Pyongyang dilaporkan bertindak menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara bagi memastikan keselamatan anggota diplomat dan rakyatnya yang berada di Malaysia.

Ini susulan Malaysia mengusir Duta Besar Korea Utara Kang Chol kerana membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, pada 13 Feb lepas. – BERNAMA



MALAYSIA mara ke peringkat suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) di Dhaka, Bangladesh sebagai juara Kumpulan A dengan rekod kemenangan terbesar kejohanan selepas berpesta gol membelasah Fiji 11-1 di Stadium Maulana Bhasani semalam.

Skuad hoki negara yang meng­huni ranking tertinggi, ke-13 dunia pada kejohanan tersebut ternyata tidak berdepan masalah besar untuk ‘membaham’ pasukan No.44 dunia dari benua Oceania itu.

Kecemerlangan dua pemain utama, Muhammad Shahril Saabah yang berjaya menjaringkan empat gol dan Mohd. Fitri Saari dengan ledakan hatrik, paling mencuri tumpuan dalam kemenangan tersebut.

Begitupun, Shahril, 23, masih tidak berpuas hati dengan prestasi dipamerkannya kerana sekadar berjaya menjaringkan satu gol menerusi pukulan sudut penalti daripada keseluruhan empat jaringannya dalam perlawanan itu.

“Saya menganggap 11 gol terhasil hari ini (semalam) disebabkan kombinasi yang baik antara semua bahagian terutama barisan serangan. Gol-gol ini sebenarnya sebagai persediaan untuk menghadapi separuh akhir dan final nanti.

“Bagaimanapun, saya belum dapat lagi rentak daripada segi penyudah flick (pukulan sudut penalti) kerana keadaan padang di sini agak tebal dan berat. Saya akan cuba memperbaiki perkara ini untuk perlawanan seterus­nya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tiga gol padang pakar flick skuad negara itu diperoleh seawal­ minit kedua, 23 dan 59 sementara satu jaringannya daripada pukulan sudut penalti terhasil pada minit ke-12.

Sementara itu, Fitri, 24, enggan terlalu bergembira dengan kejayaan membelasah Fiji ke­rana matlamat mereka di Dhaka bukannya mencari gol yang banyak dalam setiap perlawanan, sebaliknya cukup jika berjaya menjuarai Pusingan Kedua WHL.

“Kami bermain dengan bagus dan semua pemain seakan-akan sudah mendapat rentak sebenar mereka. Kami tidak datang ke sini untuk mencari gol tetapi saya berharap kami dapat mengekalkan momentum ini untuk aksi-aksi seterusnya,” jelasnya.

‘Arkitek’ tengah skuad negara itu berjaya menghasilkan tiga gol menerusi dua jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-11 dan 58 serta satu daripada penalti stroke (m-55).

Empat lagi gol skuad negara berjaya dijaringkan Muhammad Rashid Baharom pada minit ketiga dan 23, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil (m-10) dan Muhammad Razie Abd. Rahim (m-17), manakala Jerome Edwards menghadiahkan gol sagu hati buat Fiji.

Malaysia bakal berdepan pa­sukan tercorot Kumpulan B, Sri Lanka yang sudah melepaskan 16 gol dalam tiga perlawanan, pada aksi suku akhir esok.




Susulan kehilangan paderi, Raymond Koh Keng Joo sejak tiga minggu lalu, sebuah pusat bacaan yang beroperasi di PJS3/48 Petaling Jaya di sini, terpaksa ditutup.

Sin Chew Daily melaporkan, pusat bacaan ‘Harapan Komuniti’ yang diasaskan oleh Raymond itu terpaksa ditutup bulan ini kerana kekurangan dana.

Kakitangan pusat itu yang dikenali sebagai Sri Ram berkata, operasi pusat bacaan itu adalah berdasarkan sumbangan orang ramai dan dana yang di kutip oleh Raymond.

Menurutnya, Raymond merupakan ketua agama di pusat berkenaan akan datang sebanyak tiga kali sebulan dan berbual dengan remaja serta kanak-kanak yang datang ke pusat tersebut.

Raymond diculik sekumpulan lelaki bertopeng pada pagi 13 Februari lalu di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya.

Video insiden itu berjaya dirakam kamera litar tertutup dengan memaparkan kereta jenis Honda Accord yang dinaiki Raymond dikepung beberapa kenderaan SUV hitam yang dinaiki lelaki bertopeng pada waktu siang.

Penculikan Raymond dikatakan penculikan terancang apabila video insiden tersebut menjadi tular di media sosial.

Bimbang dengan keadaan Raymond, keluarganya menawarkan RM100,000 kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kehilangan paderi berkenaan.

Namun, sehingga kini, tiada yang tampil memberikan atau berkongsi maklumat mereka.





 
-


Siapa ikuti perkembangan Fasha di laman Instagram miliknya, pasti korang tahu yang Fasha sangat aktif berlakon dalam beberapa buah drama. Walaupun kini bergelar ibu tunggal, Fasha masih mampu membahagikan masa untuk anak anaknya. Memang salute tengok semangat yang Fasha ada.

Namun, terbaru Fasha ada memuat turun gambar screenshot missed call berserta caption yang agak kecewa dan bengang di laman instagram miliknya. Kalau dilihat dari gambar yang ditunjuk memang banyak missed call. Siapa pulak missed call ni?

Betapa bencinya keluarga dia terhadap saya



Bismillahirahmanirahim.

Bila kita diatas selalunya nasib lebih memihak kepada kita. Tapi jangan lupa, keadilan di Akhirat kelak. Allah lebih mengetahui, satu persatu amalan kita dan segala yang kita lakukan. Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya.

Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia. Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan ‘HASUTAN’ orang yang lama.

Beribu missed calls dan beribu mesej


Apapun, Takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu ianya tidak berkekalan diatas ‘SEBAB2 TERTENTU’
Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya. Tak perlu sy nyatakan disini. Saya cuma berharap ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila2 bukan saya tetapi DIA.

Semuanya berBUKTI Selepas tidak bersama; Kalau nak dihitung, dah dekat seribu missed calls di masa2 yang weird; beribu messages, beribu voice recorder yang telah saya rakam saya akan gunakan demi membela diri saya demi MARUAH saya. Belajar menghormati privasi saya

Please Get well soon, to u and family
Akan ku buka satu demi satu.
Biar semua orang tau…kisah sebenar.
Demi membela diri. .
Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. .
Agar mereka sedar siapa yang GILA

#akudahmoveonkaucariPASAL #semogakeluargakauINSAF #semogakeluargakausedarKAUGILA #akankubukasatupersatu
#biladahgelabahkausamansanasini #akuadabukti
#akubaikkaupijakkepala
#kaumasihlagigila

Tunggulah seribu tahun lagi


Last month.
Tunggulah seribu tahun lagi ?
Bila orang tak layan. kata kita ‘aniayai’ dia, tak ke gila namanya tu?

Malam ni, esok dan hari seterusnya, sikit demi sikit akan ku kupas ya… alhamdulillah; semua bukti kusimpan. Nasib aku pernah belajar law dulu. Walaupun tak sempat habis.? Remember this girls, always keep your ‘receipts’ ??
Receipts aku yang 10 tahun lalu pun masih aku simpan. .
#makciksilabaca
#akubaikkaucaripasal





Sumber : fashasandha
- -


Kumpulan Malayan Banking Bhd. (Maybank) hari ini mengumumkan tawaran tempoh cuti bersalin sehingga setahun yang berkuat kuasa serta-merta untuk pekerja wanita yang layak.

Ini menjadikan kumpulan itu sebagai institusi kewangan pertama menawarkan faedah cuti bersalin yang membolehkan pekerja menyambung cuti tambahan daripada 90 hari bergaji penuh kepada tambahan tiga bulan dengan separuh gaji atau enam bulan tanpa gaji.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat kumpulan itu di Menara Maybank, di sini, hari ini.

"Manfaat ini diperkenalkan selepas membuat semakan menyeluruh terhadap dasar dan program yang ditawarkan Kumpulan Maybank.

"Peningkatan kepada dasar cuti bersalin 90 hari sedia ada ini merupakan satu lagi ciri utama komitmen kami terhadap agenda kepelbagaian dan kerangkuman Maybank serta sejajar usaha berterusan kami bagi menginsankan pengurusan manusia," katanya.

Selain itu, Maybank turut memperkenalkan dasar cuti sabatikal bagi semua kakitangan yang layak untuk mengambil cuti minimum tiga bulan sehingga 24 bulan. - Bernama
-

PELAKON jelita, Janna Nick meluahkan rasa syukur dan gembira kerana keserasiannya bersama Shukri Yahaya dalam drama Suami Tanpa Cinta diterima orang ramai.
Namun, dia akan berusaha untuk mengelak dari melakukan adegan berpeluk dan terlalu bermesra sehingga menimbulkan kemarahan dan mengundang kritkan dari penonton.
Shukri Yahaya dan Janna Nick, Drama Suami Tanpa Cinta
“Walaupun Shukri merupakan suami orang, dia tidak meletakkan sebarang syarat pelik pada saya dari segi lakonan. Tetapi saya kena faham sendirilah untuk tidak terlalu melampau pada lakonan. Bagi saya, ramai yang tidak menyukai lakonan yang over sepertin berpeluk-pelukan”
“Kami berusaha menampilkan adegan mesra yang nampak sweet tetapi tidak melampaui batas. Biar orang tengok pun jadi suka dan tidak mengutuk. Saya takkan buat adegan berpelukan hingga menimbulkan kemarahan orang ramai,” jelas Janna Nick.
Tambahnya, sebagai seorang selebriti tanah air, dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengundang kemarahan orang ramai